Logo Edufreeacademy

Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

Kursus Latihan Pengendali Makanan (KLPM) adalah kursus yang wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

5.0
5/5

Penerangan

Kursus Latihan Pengendali Makanan (KLPM) adalah kursus yang wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia. Pengendali makanan bermaksud individu yang secara langsung atau tidak melibatkan diri dalam mengendalikan makanan.

EduFree Academy diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan kursus pengendalian makanan selama 3 jam secara online.

Kandungan Kursus

Kandungan modul yang diguna pakai oleh tenaga pengajar meliputi skop seperti berikut :
  • Syarat Kursus LPM
  • Kuasa Perundangan
  • Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan
  • Definisi Kebersihan Makanan
  • Diri Pengendali Makanan
  • Peralatan
  • Premis Makanan
  • Persekitaran Premis Makanan
  • Pemilihan Bahan Mentah
  • Kaedah Penyimpanan
  • Pengendalian Bahan Mentah
  • Penyediaan Makanan
  • Penghidangan Makanan
  • Pengangkutan dan Pengedaran
  • Penyenaraian 12 faktor yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti menyentuh makanan dengan tangan, makanan tidak cukup masak, pencemaran silang dan lain-lain.
  • Penyenaraian 12 faktor yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti menyentuh makanan dengan tangan, makanan tidak cukup masak, pencemaran silang dan lain-lain.
  • Tayangan video berkaitan pengendalian makanan yang bersih dan selamat
  • Kuiz pendek (Pre- and post-test)

Soalan Lazim

Sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 24-48 jam selepas tamat kelas.

Sijil original akan dipos ke alamat peserta.

Menurut arahan KKM, satu peranti (komputer/komputer riba/telefon bimbit hanya boleh digunakan oleh satu orang peserta sahaja.

EduFree menjalankan kelas pada setiap hari, tiga sesi sehari. Peserta boleh menyemak ketersediaan slot kosong semasa pendaftaran.
Kursus Pengendali Makanan ini hanya perlu di hadiri satu (1) kali sahaja seumur hidup.
Ya, semua pengendali makanan di Malaysia wajib hadir khusus pengendali makanan ini, tidak mengira bangsa, agama dan warganegara.

Kami juga menyediakan perkhidmatan Kursus Pengendali Makanan di dalam premis di mana kami akan mendatangi lokasi pelanggan untuk menyampaikan kursus ini.

Jangan ragu untuk menghubungi kami bagi mendapatkan sebut harga.

Kursus Pengendalian Makanan Online

RM50.00

Harga kawalan oleh kerajaan Malaysia.

Kursus ini merangkumi:

Keperluan

Kursus secara berkumpulan atau in-house?